Mata Anugerah Tuhan
Mata adalah sejenis organ yang sangat unik.
Maha Suci Allah yang menjadikan mata ini dengan penciptaan yang tiada
bandingannya. Jika diteliti akan penciptaan mata ini, akan bertambahlah rasa
kagum dan iman kita terhadap Allah S.W.T. Malah segala penciptaan Allah yang
lain jika di amati sebagaimana Allah menjadikan setiap planet-planet di alam
semesta yang beredar mengikut orbit masing-masing tanpa ada yang mendahului
yang lain, maka akan lahirlah keinsafan dalam diri bahawa diri ini sangat kerdil
ibarat semut merah di tengah-tengah padang pasir yang sangat luas. Firman Allah
S.W.T :
لَا
ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ
ٱلنَّہَارِۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak
mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang;
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya
masing-masing ( Surah Yasin Ayat 40)
Mata adalah sebahagian daripada otak?
Mata adalah satu daripada pancaindera yang
digunakan untuk melihat. Tidak kira manusia,
haiwan ataupun ikan-ikan di lautan hampir kesemuanya menggunakan mata
untuk melihat kecuali beberapa spesis haiwan atau ikan. Contohnya seperti ikan Typhleotris iaitu sejenis ikan air tawar yang hidup di
Madagascar yang tidak mempunyai mata. Namun jika dipelajari lagi secara mendalam tentang
mata, kita akan mendapati bahawasanya mata sebenarnya adalah sebahagian
daripada otak. Bagaimana? Mari kita saksikan rajah di sebelah.
Rajah ini menunjukkan horizontal section
sebahagian otak dan juga beberapa komponen mata. Cahaya yang datang akan
terkena pada lapisan retina di bahagian dalam mata. Kemudiannya
rangsangan terhadap cahaya itu akan menghasilkan signal atau impulse
yang akan melalui laluan-laluannya yang tertentu dari optic nerve, optic chiasma, optic tract.
Sebahagian akan ke batang otak (brain stem) dan sebahagian lagi akan ke
bahagian belakang otak ataupun occipital lobes yang berfungsi dengan mengawal, menganalisa dan mengenal pasti objek
yang dilihat oleh mata.
Secara ringkas dan dalam erti kata yang lain, mata
mempunyai hubungan yang terus dengan otak. Sebab itulah jika seseorang
mengalami kecederaan trauma di bahagian belakang kepala boleh menyebabkan kehilangan
penglihatan samada kekal ataupun sementara. Begitu juga dengan kebanyakan
penyakit yang berlaku di otak akan dimanifestasikan pada mata.
Sebagai contoh,
seseorang yang mengalami ketumbuhan,(tumor) pada brain stem atau
batang otak yang berkemungkinan akan mencederakan 3rd cranial
nerve,(saraf yang mengawal kebanyakan otot-otot di mata) akan mengalami
mata juling atau kegagalan untuk mengawal pergerakan mata (squint) akibat
kelumpuhan otot-otot tersebut. Bukti lain yang menyatakan mata adalah
sebahagian daripada otak boleh dilihat pada lapisan-lapisan yang membaluti
saraf mata atau optic nerve adalah lapisan yang sama yang membaluti
otak. Mari rujuk rajah di bawah.
Rajah 1 |
Rajah 1 menunjukkan lapisan yang membaluti optic
nerve dan rajah 2 pula menunjukkan lapisan yang membaluti otak.
Rajah 2 |
Sangat
jelas di sini bahawa lapisan yang membaluti otak (meninges) dan optic
nerve adalah lapisan yang sama iaitu
lapisan dura mater, lapisan arachnoid dan lapisan pia mater.
Meninges ini mempunyai banyak fungsi yang penting terhadap otak seperti
melindungi otak daripada kecederaan akibat sebab yang pelbagai. Persamaan dari
segi lapisan-lapisan yang membaluti otak dan optic nerve ini secara
tidak langsung menguatkan lagi kenyataan bahawasanya mata adalah sebahagian
daripada otak. Wallahualam
.
Rujukan.
Debra Ronca, Is too much TV really bad for your eyes?28 October 2014Diambil daripada http://health.howstuffworks.com/human-body/systems/eye/tv-bad-for-eyes.htm
Ophthalmology Textbook, Faculty of Medicine
of Alexandria University, 2011-2012
You'll Go Blind: Does Watching Television
Close-Up Really Harm Eyesight?, January 27, 2010, Diambil dari http://www.scientificamerican.com/article/earth-talk-tv-eyesight/
Wraige
E, Chandler C, Pohl KR. Idiopathic intracranial hypertension: is papilloedema
inevitable? Arch Dis Child. 2002 Sep; 87(3):223-4.
Win Real Money on the Internet - Wooricasinos.info
BalasPadamWin Real 바카라 Money Online 승인 전화 없는 사이트 with 랜덤 룰렛 Win Real Money on the Internet · Betsoft · NetEnt · 벳 BetSoft · Betsoft · Yggdrasil · Microgaming 아시아 게이밍