Apakah perkaitannya?
Marilah
kita bersama-sama merenungi kisah menarik yang akan disebut di sini, yang
dipetik menerusi Daily Mail bertarikh 10 April 2008 yang lepas. Kisah ini ialah
kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun yang lalu
di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny
Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh
disiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya
diperlukan.
Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa. Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.
Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa. Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.
Suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Mr. Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Mr. Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu diikuti oleh suami barunya itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa. Akhirnya, beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu. Lalu matilah Mr. Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu.
Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini. Kes ini bukan kes terpencil kerana beberapa kes lain yang direkod mempunyai persamaan dengan kes ini. Satu persoalan yang timbul ialah: Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu, atau, kedua-dua peristiwa tersebut ada kaitannya? Adakah jantung mempunyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru.
Mengikut fahaman positifisme Barat, jantung hanyalah satu organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan. Adakah pandangan itu benar?
Sekarang marilah pula kita merenungi sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:
“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya, atau telinga mereka mendengar dengannya, Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada” (al-Hajj, 46).
Dalam ayat di atas disebut “Qulub la ya`qilun biha” yakni jantung hati yang tidak berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Qur’an menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berbendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun al-Qur’an menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati.
Rujuk Artikel Dr. Maza :
1) http://drmaza.com/home/?p=1084 dan
2) http://drmaza.com/home/?p=1136
Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung. Dalam masyarakat Melayu, qalbu dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah jantung.
Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sekuat komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak. Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.
Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks tindakbalas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.
Pendengar yang budiman boleh merujuk tulisan seorang pengkaji Amerika yang bernama Rolin MacCarty daripada Institut HeartMath untuk maklumat yang lebih lanjut tentang perkara ini.
Seorang professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall turut mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi pemenuan sel memori dalam jantung manusia. Pendengar yang budiman boleh mendapat maklumat lanjut menerusi bukunya yang bertajuk The Heart’s Code terbitan Broadway.
Dalam kes lain yang dilaporkan professor tersebut, seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya. Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemudi penerima jantung tersebut. Apabila ibu pemuda mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut, tiba-tiba menangis sedih kesayuan apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.
Etika turut dikaji secara bersepadu dalam sains Islam. Sains bukan ilmu yang terpisah daripada paksi tauhid umat Islam tetapi merupakan satu cabang yang memperkuatkan paksi itu. Dalam etika perubatan Islam, persoalan seperti pemindahan anggota, kematian otak, pengguguran bayi, teknologi rawatan rapi dan seumpamanya bukan sahaja berkaitan dengan etika tetapi juga syariah dan hukum.
Dalam persidangan ulama di Jordan tahun 1986, kematian otak atau brain death diterima sebagai alamat kematian walaupun sebahagian ulama tidak sependapat. Dengan demikian, di Arab Saudi misalnya, pemindahan buah pinggang boleh dilakukan apabila kematian otak penderma telah disahkan doktor yang amanah.
Pengguguran kandungan selepas bayi bernyawa dilarang sama sekali dalam syariah. Hanya pengecualian dalam keadaan yang ketat sahaja diberikan apabila nyawa si ibu dalam keadaan terancam, iaitu apabila pilihan nyawa ibu atau nyawa bayi perlu dilakukan seperti dalam kes ibu yang mengalami rawatan kemoterapi. Rawatan ini berkemungkinan menyebabkan keguguran. Sesungguhnya, seseorang doktor Muslim memberikan khidmatnya kepada masyarakat dengan penuh amanah dan tanggungjawab sosial yang berupa ibadat umum, dalam kerjaya hariannya. Alangkah indahnya apabila umat Islam yang memerlukan perkhidmatan kesihatan dilihat oleh doktor Muslim yang bertakwa sebagai sumber kebajikan dan akan dibalas di Akhirat nanti.
Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari : http://www.kesturi.net/archives/433
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan