Seorang Pemimpin Negara yang Hafal 30 juzuk Al Quran |
Tulisan ini bukan maksud ingin memuji-muji Presiden mesir terpilih yang baru Dr.Muhammad Mursi.
Tapi sekadar ingin sekurang-kurangnya mengambil teladan dari Dr.Muhammad Mursi.
Mursi memang berbeza.
Hari-hari pertamanya setelah diumumkan kemenangannya secara rasmi sebagai Presiden, Beliau tidak melupakan jiran-jirannya dan membuka pintu rumahnya untuk bersiraturrahim ramah tamah bertahniah mengucapkan selamat. Bahkan setelah diketahui kemenangannya melalui pengiraan cepat timsesnya Beliau langsung turun ke medan tahrir.
Mursi memang berbeza.
Di mata rakyat kini, bagi seorang Presiden, istana presiden menjadi sebuah istana yang keramat dan suci serta istimewa untuk seorang Presiden. Istana yang pintu-pintunya seakan tertutup untuk rakyat. Yang tetingkap-jendelanya tak mampu ditembus oleh rintihan payahnya hidup rakyat. Bahkan ketika satu saja pintunya terbuka, rakyat pun masih tetap diberikan terma dan syarat berlaku dan terbuka hanya di open house tahunan.
Mursi memang berbeza.
Bukan tidak disediakan istana presiden untuknya. Tapi Beliau lebih senang memilih untuk tidak tinggal di istana presiden dan tetap tinggal di rumah sewanya semasa memegang jawatan sebagai ketua parti hurriyah wal 'adalah, yang pintunya tidak jauh dari jirannya dan rakyatnya. Beliau senang rakyatnya dengan mudah mengetuk pintunya meski hanya sekadar ingin curhat tentang anak dan isteri mereka. Dan sampai saat ini belum ada khabar apakah Beliau tetap akan tinggal di rumah sewanya atau akan tinggal di istana presiden.
Mursi memang berbeza.
Bukan ingin menyusahkan pengawalnya untuk selalu terjaga sepanjang jalan menuju masjid di setiap waktu solatnya. Tapi hanya sekadar ingin taat menjalani ibadah sebagai hamba Allah swt.
Setelah rasmi menjadi seorang Presiden pun, Beliau tetep berkeras ingin melaksanakan solat berjemaah di masjid. Bahkan dalam sebuah surat khabar mesir dikhabarkan Beliau selalu didapati sebagai imam ketika solat di masjid. Bukan kerana Beliau Presiden lalu orang segan lantas Beliau diminta menjadi imam.
Tapi bahkan memang Beliau telah hafal al-Quran. Mungkin ini salah satunya sebab Beliau masih tetap tinggal di rumah sewanya; ingin tetap bertatap muka dengan rakyatnya dan bersama-sama taat sebagai seorang hamba. Akhirnya, penjagaan dari pengawalnya pun Beliau minta untuk tidak terlalu ketat.
Mursi memang berbeza.
Bukan kerana tidak senang ada pengawal peribadi sebagai seorang Presiden. Tapi kerana keyakinan yang kuat bahawa Allah swt lah sebaik-baiknya penjaga.
Pengawal presiden yang menurutnya berlebihan dan mengganggu kebebasan rakyatnya pun diminta untuk dikurangkan personelnya. Seperti pada saat Beliau hendak melangsungkan solat Jumaat di masjid al-azhar.
Dengan pengawal yang tidak terlalu banyak personelnya hampir dan bahkan tidak mengganggu lalu lintas yang menyebabkan kesesakan hanya sebab iring-iringan Presiden pada umumnya.
Lintasan jalan pada lokasi kunjungan yang sangat dekat dan satu arah dengan pasaran yang tidak di tutup sama sekali. Bas dan pengangkutan awam masih tetap berlalu lalang di sekitar lokasi lawatan Presiden. Bahkan pasaran yang sangat dekat dan satu arah dengan lintasan lokasi lawatan masih tetap aktif.
Sama sekali seperti tidak ada kunjungan Presiden yang biasanya jalanan mendadak sepi kerana ditutup. Kejadian seperti itu pun di ulangi ketika Muhammad Mursi hendak mengikrarkan sumpah di Mahkamah Perlembagaan Agung.
Mursi memang berbeza.
Keyakinannya bahawa Allah swt lah sebaik-baik penjaganya, dibuktikan lagi dengan aksinya di pentas medan tahrir saat menyampaikan pidato dan sumpah Presiden di hadapan rakyatnya secara langsung. Sumpah dan teriakan lantang untuk rakyatnya bahawa ia tidak takut kecuali kepada Allah swt membuat seluruh rakyat tak mampu lagi membendung air mata mereka. Maidan tahrir pun bukan hanya dipenuhi ratusan juta rakyatnya tetapi juga dibanjiri dengan air mata haru dan bangga dari rakyatnya.
Mursi memang berbeza.
Bukan hanya sesosok Beliau saja yang boleh diteladani. Anggota keluarganya pun ia berikan teladan yang sangat baik.
Ibunda najlaa, isteri Muhammad Mursi yang begitu anggun dan bersahaja dengan tudung lebarnya yang teramat sederhana, enggan untuk diberikan gelaran Ibu Negara. Ia lebih suka dipanggil ummu ahmad. Panggilan yang disandarkan kepada putra pertamanya ahmad Muhammad Mursi. Beliau berpendapat bahawa tidak ada yang namanya ibu negara yang ada adalah pelayan negara.
Ahmad Muhammad Mursi, putra pertama MUhammad Mursi. Baginya, kemenangan orang tuanya sebagai Presiden adalah hal yang wajar dan merupakan kurniaan Allah swt yang diberikan kepada orang tuanya.
Dan itu tidak akan mengubah pola kehidupan atau pekerjaannya yang kini sebagai seorang doktor. Ia akan tetap menjalani hidupnya dan berusaha belajar hidup lebih baik dan berdikari tanpa terpengaruh oleh jabatan ayahnya.
Dan bahkan salah satu putra Muhammad Mursi yang lain menghantar surat kepadanya untuk menyampaikan bahawa dirinya akan mentaati ayahnya sebagai seorang Presiden jika ayahnya mentaati Allah swt dan memperhatikan hak-hak rakyatnya dan akan menentang ayahnya sebagai seorang Presiden jika menentang Allah swt dan tidak memenuhi hak-hak rakyatnya.
Semoga kita boleh mengambil teladan dari Presiden Muhammad Mursi;
Bahawa ketaqwaan kepada Allah adalah segalanya dalam hidup.
Bahawa tidak ada yang harus ditakuti kecuali Allah semata-mata.
Bahawa kesederhanaan keharusan bagi seorang pemimpin.
Bahawa bukan aib bila seorang pemimpin hidup sehari-hari berbaur dengan rakyat atau orang bawahannya.
Bahawa semestinya tidak ada sekat antara pemimpin dan rakyatnya.
Dan banyak dari teladan yang boleh diambil dari sepak terajang Muhammad Mursi.
Orang yang dahulunya dipenjarakan kerana agamanya kini sedang memimpin negara dengan agama yang dipertahankannya dahulu.
Semoga dengan adanya pemimpin seperti beliau akan dapat merubah dunia Islam sekarang yang sangat kritikal..inshaAllah, kami bersama Dr Mursi...
Allah a'lam
mursi memang berbeza,kita bila lagi?:)
BalasPadam