Ahad, 27 Mei 2012

Al Quran vs Bible


Bahawasanya segala apa yang ada di dalam Al Quran adalah benar. Tiada satu pun yang mendustakan. Firman Allah:

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيماً

Sungguh, Kami telah menurunkan Kitab(Al quran) kepadamu(Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, dan janganlah engkau menjadi penentang(orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat.(An Nisa ayat 105)

Jadi di sini, penulis ingin membuktikan kebenaran Al quran dengan membuat perbandingan antara Al Quran dan Bible. Ramai orang tahu yang Bible yang ada pada hari ini sudah diselewengkan. Tetapi berapa ramai yang tahu di mana ia diselewengkan kerana tak semua yang ada dalam bible itu salah. Terdapat banyak percanggahan antara Al- Quran dan bible tetapi di sini kita akan membincangkan sedikit sebanyak tentang kejadian langit dan bumi yang akan di selitkan juga dengan bukti-bukti saintifik. Semoga dengan ini bertambahlah ilmu kita tentang Al Quran dan iman kita kepada Allah S.W.T. Insha Allah...



Penciptaan Langit dan Bumi menurut Bible dan Al quran.

OLD TESTAMENT BOOK OF GENESIS 1

Hari pertama : Tuhan menciptakan langit dan bumi. Bumi pada masa itu belum berbentuk dan
                       diselubungi kegelapan.Tuhan menciptakan cahaya dan kecerahan itu Tuhan
                          menamakan sebagai siang manakala kegelapan dinamakan sebagai malam.
Hari kedua      : Tuhan menciptakan satu lapisan cakerawala di tengah2 air yang sudah
                          diciptakan pada hari pertama. Kemudian Tuhan memisahkan bahagian atas dan
                          bahagian bawa dgn mengangkat tinggi lapisan atas. Jadi, pada bahagian atas di
                          namakan langit
hari ketiga  :  Tuhan memisahkan air yg ada di bumi dengan mngumpulkan air yang ada ke
                          suatu tmpt sehingga menampakkan tanah kering sebagai darat dan tempat
                          berkumpul air sebagai laut. Kemudan Tuhan menyatakan kpd tanah daratan
                          supaya menumbuhkan pokok2 tumbuhan dan semua pokok yg diperintahkan itu
                          pun tumbuh.
Hari keempat : Tuhan menciptakan cahaya di langit dan matahari diciptakan bagi menguasai
                          siang dan bulan diciptakan bagi menguasai malam dan bintang2 turut diciptakan.
Hari kelima : Tuhan menciptakan ikan2 paus yang besar dan segala hidupan yang bergerak
                          dalam air dan kemudian menciptakan segala jenis burung bersayap di udara dan
                          memerintahkan semuanya berkembang biak.
Hari keenam :  Tuhan jadikan segala jenis binatang liar, segala jenis binatang ternakan dan
                         segala jenis binatang melata di muka bumi. Manusia diciptakan oleh Tuhan
                         menurut bentuk dan rupa Tuhan supaya berkuasa di bumi. Manusia diciptakan
                         oleh Tuhan, lelaki dan perempuan serta diperintahkan mereka supaya beranak
                         pinak. Tuhan menjadikan semua jenis buah yang mempunyai biji di muka bumi ini
                         sebagai makanan bagi manusia. Kemudian dijadikan semua jenis binatang tidak
                         kira liar jinak, ikan dan burung2. Makanannya adalah tumbuhan hijau.

Baiklah..sekarang mari kita `membedah siasat' bersama-sama.
  • Menurut bible, seluruh alam langit dan bumi diciptakan dalam masa 6 hari. Di sini dah terdapat pencanggahan dengan fakta sains yang telah membuktikan bahawa kejadian alam ini mengambil masa berbilion-bilion tahun. Manakala Al quran pula menyatakan langit dan bumi diciptakan dalam 6 tempoh masa spt Surah As Sajadah ayat 4. Di dalam surah ini, kalimah yang digunakan adalah ayyam    dan maksud kalimah tersebut di sini adalah tempoh masa. Jadi, tempoh bagi setiap masa hanya Allah yang tahu. Boleh jadi 50000 tahun, boleh jadi 5000000 tahun. Jadi, ini membuktikan kenyataan daripada Al Quran menepati fakta sains dan tidak bercanggah walaupun sedikit kerana Al Quran mengatakan terciptanya langit dan bumi dalam 6 tempoh masa dan bukan 6 hari. 
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas `arasy....hingga akhir ayat.
(surah sajadah ayat 4)

  • Rujuk pula pada hari pertama penciptaan langit dan bumi menurut bible. Langit dan bumi sudah diciptakan. Bumi belum berbentuk tetapi cahaya sudah tuhan ciptakan dan seterusnya mewujudkan siang dan malam. Persoalannya, bagaimana Tuhan memberikan cahaya sedangkan sumber cahayanya belum tercipta lagi bagi langit dan bumi padahal menurut bible matahari, bulan dan bintang diciptakan pada hari ketiga? Tidakkah ianya bercanggah dengan fakta sains dan logik akal? Contohnya kita berpindah ke rumah baru, kemudian kita membawa cahaya masuk ke dalam rumah pada hari pertama dan pada hari ketiga barulah kita memasang lampu. Bukankah ianya tidak masuk akal? Ada sesetengah sarjana Kristian yang mahu memperbetulkan ayat di dalam Bible mengatakan enam hari adalah enam tempoh masa yang berbilion-bilion tahun lamanya kerana mahukan ayat di dalam Bible selari dengan fakat sains namun sekali lagi mereka menghadapi masalah dalam isu ini. Adakah lebih masuk akal apabila dikatakan matahari, bulan dan bintang diciptakan berbilion-bilion tahun selepas siang dan malam berlaku di bumi? Tentulah lebih tidak masuk akal. Pembetulan yang cuba dilakukan sebenarnya menzahirkan lagi kesalahan yang ada.
  • Dikatakan pula hari keempat dalam menurut Bible, Tuhan menciptakan matahari, bulan dan bintang. Pada hari kelima Tuhan menciptakan ikan-ikan paus di lautan dan semua binatang yang bergerak di lautan serta unggas-unggas di udara. Pada hari keenam pula, Tuhan menciptakan binatang liar, jinak dan segala binatang yang melata di bumi dan diciptakan manusia lelaki dan perempuan. Kemudian Tuhan berikan kepada manusia buah-buahan berbiji sebagai makanan. Bagi semua binatang pula, tidak kira liar, jinak, burung, ikan dan sebagainya, Tuhan menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan yang ditetapkan kepada mereka. Jadi disini dua lagi fakta yang kurang tepat dalam penciptaan hari keenam adalah Tuhan menganugerahkan kepada manusia semua jenis buah yang berbiji sebagai makanan. Tahukah yang tidak semua buah berbiji dapat dimakan? ada buah yang dapat menyebabkan kematian kerana beracun. Mustahil Tuhan tidak tahu apa yang diciptakannya. Satu lagi fakta yang silap adalah semua tumbuhan yang ada di muka bumi ini dijadikan makanan bagi semua jenis binatang oleh Tuhan.Tidak kira binatang itu adalah herbivor, karnivor ataupun omnivor. pernah tengok harimau makan ulam? Pernah tengok singa makan bendi? Tidak lupa juga bukan sema tumbuhan dapat dimakan. Jadi, bagaimanakah kita ingin katakan yang semua ini ayat daripada Allah? Tidak dapat diterima akal apabila menyatakan ayat-ayat yang mengandungi kesilapan seperti ini sebagai ayat-ayat daripada Allah.

Jadi, berdasarkan bukti-bukti yang telah dijelaskan dan dinyatakn, jelas sekali ianya bercanggah dengan Al Quran dan fakta-fakta sains dan inikah yang dikatakan kalam dari Allah? Ayat-ayatnya di tukar, diputarbelitkan oleh sarjana2 mereka untuk kepentingan mereka dan ketahuilah bahawa Al quran bukanlah seperti ini. Kandungannya dipelihara oleh Allah sehingga Kiamat. Firman Allah dalam surah Al Kahfi, ayat 1:



"Segala puji hanya layak bagi Allah yang telah menurunkan hambanya(Muhammad) kitab suci Al Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok(terpesong)"

Terpesong di sini bermaksud tidak ada dalam Al Quran yang berlawanan dan tidak ada penyimpangan dari kebenaran. Hal ini kerana di dalam Bible ada juga fakta yang berulang-ulang tapi bercanggah sesama sendiri yakni ayat2 tersebut menceritakan perihal yang sama tetapi berbeza fakta. Maka sangat jelas akan kebenaran Al Quran dan Islam itu sendiri. Moga iman kita kepada Allah semakin, dan bertambah subur. Wallahulam.

5 ulasan:

  1. Saudara yang saya kasihi, mengapa kamu mengatakan bahwa kitab suci Kristen tidak masuk akal dan silap? Mengapa kamu mengatakan umat kristiani(yang kamu sebut dengan sarjana) menukar dan memutarbalikkan ayat-ayat dari Tuhan, seakan-akan kamu punya bukti yang menjelaskan hal itu? apakah ini semua tertulis dalam ajaran alQuran? Bertobatlah saudara, hendaknya kamu jangan menghakimi dan mengeraskan hati. Sesungguhnya tidak ada karya Allah yang terselami. 6 hari penciptaan dalam Alkitab adalah 6 hari menurut Tuhan, jadi jangan coba-coba pikirkan yang di luar batas pemikiran manusia, karena perbuatan Tuhan itu jauh melampaui akal mu. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 hari penciptaan dalam Alkitab adalah bermaksud 6 hari penciptaan menurut Tuhan...apakah benar?
      bukankah yang membaca Alkitab itu terdiri daripada manusia yang pelbagai? boleh jadi saja si A faham 6 hari itu adalah hari-hari menurut perkiraan manusia..kerana di situ tidak dinyatakan 6 hari itu menurut Tuhan...
      bermakna Al-Quran adalah lebih tepat dalam membicarakan hakikat penciptaan bumi ini dengan bunyinya "dalam enam tempoh masa"...
      tidak ada siapa yang mampu mengukur berapa lamakah 'masa' itu...maka ayat yang disebut Al-Quran akan terus relevan hingga akhir zaman..

      Maha Suci Allah...

      Padam
    2. Allah swt menurunkan tulisan sbagai bukti dari segala sesuatu... Dan tidaklah mgkin Alquran diada adakan oleh selain dari Allah... Alquran adalah penyempurna dari kitab2 sebelumnya yakni taurat , injil, zabur....jika kamu tdk percaya dngan Alquran mka ujilah........ Dipembahasan di atas sdah teruji bahwasanya alquran mnjelaskan pnciptaan langit dan bumi menurut sains tdk ada kebengkokan dilamnya, logic dan masuk akal........kita lihat di dalam injil bgaimana mgkin tumbuhan diciptakan di hari ke 3, dan matahari diciptkan dihari ke 4... Sdangkan kita semua tahu tumbuhan tdk bisa hid
      u p tanpa cahaya matahari... Apalagi klo 6 hri d artikan dlm masa yg panjang, bagaimana mngkiin tmbuhan bisa hidup...ini adalah salah satu penyimpangan dari sekian banyak penympangan di dalam injil..

      Padam
  2. Saudari yg dikasihi.. Apa yg saya tulis itu berdasarkan beberapa bukti yg diperolehi.. Rujukan2 dari pengkaji bible dan al quran telah diambil kira.. Sekian..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam